WELCOME TO MY STORIES


Click here for Myspace Layouts

Monday, December 14, 2015

bahagia walau seketika

Assalamualaikum , 

Sekian lama aku tak update blog ni sebab busy dengan kerja seharian dan kehidupan sebagai seorang pekerja.. Banyak benda yang aku lalui selama aku bekerja di syarikat papa aku sendiri.. Aku banyak mempelajari erti kehidupan yang sebenar apabila mengenali dan berjumpa dengan masyarakat yang baru di sekeliling aku seperti mana aku mengenali seorang insan yang amat bermakna untuk ku , selama berbulan aku mengenali insan ini aku mulai suka akan perwatakkannya yang seorang periang , suka membuat orang ketawa dan selalu saja mengambil berat tentang diriku ketika aku sedang jatuh ianya juga selalu memberi semangat kepada diri aku agar tidak mudah mengalah dan terus bangun , Selama aku mengenalinya, bagi aku dia tak pernah menyusahkan aku bahkan ia sering membuatkan aku bahagia akan kehadirannya disisiku Aku berasa senang dan selesa mengenalinya dengan lebih dekat , terlampau banyak kenangan indah bagiku untuk melupakan apa yang terlah kami lalui bersama , aku amat merindui akan telatah dirinya , akan senyumannya , ketawanya , keriangan yang tergambar di wajahnya  yang membuatkan aku turut rasa gembira dan bahagia bersama dia. 

Sepatutnya tanggal 13 december 2015 bersamaan hari ahad, aku dah buat preparation nak celebrate birthday dia tp apakan daya 2 hari sebelum tarikh tersebut dia mulai menjauhkan dirinya terhadap aku tanpa memberi alasan kepada aku . aku mulai tak menentu arah dan sering berfikiran tidak rasional kerana memikirkan masalah ini , tp apa kan daya hubungan nie terhenti disini , apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih kepada insan tersebut sebab telah berikan aku peluang untuk bahagia walaupun hanya seketika, aku amat menghargai walaupun ia amat menyakitkan tapi aku takkan pernah sekali akan kenangan terindah yang telah kita ukir bersama selama perkenalan kita ini . THANKS AWAK ! saya rasa amat bahagia bila bersama awak , semoga awak akan bersama insan yang lebih baik dan sesuai dengan awak , thanks sebab layan saya dengan baik , melayan karenah kebudak-budakan saya ni selama kita  kenal . Kata akhir dari saya buat diri awak , " Awak jaga diri , jangan sesekali mengalah dan sentiasa terus ke depan dan sentiasa berfikiran terbuka dan jangan pernah lupakan saya, Saya akan ingat kata akhir awak kepada saya iaitu " please stop care about me " itu ayat yang deep pernah saya dapat .. ape2 pun harap awak sentiasa happy dan bahagia .. saya takkan ganggu diri awak lagi .. Assalamualaikum " .....


SAYA AMAT MERINDUI AWAK